Di kala waktu
Kau masih lena dibuai mimpi
Tubuh longlai itu melangkah
Menyusun bumi untuk
mencari secebis roti
Perut yang tidak pernah penuh dari kelmarin
dan hari-hari sebelumnya
masih tak pasti
Apakah ada sinar untuk hari ini
Tak pernah kenal erti malam dan siang
Tubuh itu hanya ada kudrat
yang entah bila dapat bertahan
Tubuh longlai itu masih di sini
mengharapkan saki baki kau
yang terlalu pantas menghumbankan
segala yang kau tak mahu
adalah rezeki bagi tubuh itu
Tubuh longlai itu masih di sini
mengharapkan sinar yang entah bila akan muncul kembali
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
hasil nukilan sepenuhnyee...
R33NAJO3
xoxo
No comments:
Post a Comment
ReeNaJoe