Pages

Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie Third Birthday tickers Notes:
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, September 24, 2010

Saya sebuah jam dinding

Saya adalah sebuah jam dinding..Saya di lahirkan di Taiwan sebab apa saya tahu sebab pada badan saya ada tulisan Made in Taiwan. Setelah dilahirkan saya disumbatkan ke dalam kotak besar dan terus di hantar ke sebuah kedai di Malaysia yang bernama Mydin. Saya telah dibeli oleh seorang perempuan cantik yang sangat gedix dan manja yang bernama_____________. Minta maaf di sini saya tak dapat reveal nama tuan saya sebab nanti saya akan didera. Tuan saya seorang yang sangat mementingkan masa sebab apa yang saya tahu pada setiap hari Jumaat dia akan melihat saya sehingga 150 juta kali untuk memastikan saya bergerak mengikut paksi yang betul. Tuan saya juga akan marah jika saya bergerak sangat perlahan dan akan menggoncang-goncang badan saya menyuruh saya bergerak laju. Dia juga akan meyalahkan saya sekiranya saya tidak mengikut kata-kata beliau. Saya sangat sedih kerana saya tidak mampu hendak bergerak laju seperti yang dikehendaki tuan saya yang cantik itu. Saya selalu menjadi mangsa keganasan beliau. Beliau akan membaling saya dengan pen ataupun roti jika saya tidak mengikut kata-katanya. Saya sangat sedih dengan tindakan beliau dan harapan saya jika ada tuan lain yang ingin menjadikan saya sebagai anak angkat. Saya bersedia untuk meninggalkan tuan saya yang cantik ini. Sekian

ps- tapi saya sangat hairan kerana hanya hari Jumaat tuan saya berkelakuan sedemikian, hari-hari yang lain tiada pula.bantulah saya. Please adopt me sebelum saya akan dimusnahkan suatu hari nanti (T_T)


No comments:

Post a Comment

ReeNaJoe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...