Pages

Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie Third Birthday tickers Notes:
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, March 5, 2010

Ketenangan

Kini setelah lebih tujuh bulan aku membawa muatan lebih ni..yang paling dicari2 disebalik bebanan yg ketara ini adalah KETENANGAN...ketenangan utk melalui hari2 mendatang di tempat aku mencari rezeki untuk keluarga...Biarlah semalam menjadi sejarah dalam hidupku yang entah bila akan dapat kulupakan..kenangan yang sedikit sebanyak menjentik naluri kewanitaan dan keibuanku yang kian menebal menanti si kecil yang masih tidak mengerti apa2 itu ke dunia ini...Mummy sgt syg pada awak wahai anak pengarang jantung mummy dan papa..walau si kecil masih tidak dilahirkan lagi tapi di jauh sudut hatiku..aku yakin dia dapat mendengar dan melihat segala tingkahlaku aku(bakal ibu kepadanya)dan org di sekelilingku...Maafkan mummy sayang...Mummy xbermaksud hendak melemparkan amarah sebegitu rupa..selama ini pun aku sangat berhati2 ingin bertutur dgn org disekeliling kerana aku tahu si kecilku dpt mendengar segala tutur kataku..Biarlah dia mengikut yg baik2 shj...aku ingin dia menjadi anak yg soleh dan oleh itu aku sll memperdengarkan bacaan Al-quran kepadanya setiap malam...semoga impian mummy dan papa akan termakbul...sayang jadi org yg baik2 ye dan jadi anak yg soleh..yang akan selalu membaca doa utk kesejahteraan mummy dan papa bila kami sudah tiada lagi nanti...sayang ingat kami ye!!!


Mummy dan papa berjanji akan memberikan yg terbaik utk awak sayang...Tetapi di sini mummy ingin berpesan kepada awak(mummy pasti suatu hari nanti awak pasti akan dpt membaca coretan mummy ini) berhati2lah ketika berkawan kerana  selagi KAWAN itu bergelar seorang manusia yg tidak lepas daripada melakukan kesalahan..hasad dengki, iri hati dan sebagainya..MANUSIA tidak dapat lari drpd tingkahlaku sebegitu sayang...Sayang jgn bimbang..papa dan mummy akan mendidikmu sebaik mungkin selagi ada hayat di kandung badan..Ingatlah pesan itu..Sentiasa berprasangka baik terhadap sesama umat tetapi jgnlah kerana terlalui dikaburi dgn kebaikan seseorang itu sampai menutup penilaian kita...Berwasatiahla dalam segala hal pun..Semoga awak akan menjadi anak yg soleh dan berjaya di dunia dan akhirat...Aminn

2 comments:

  1. hampir menitik airmata saya baca coretan awk ni yana...sesungguhnya awk ikhlas semasa mencoret,sehingga memberikan kesan kpd sy yg berhati kental nih.
    jangan wisau yana.
    jangan berdukacita kerana gangguan, maafkanlah orang yg berbuat jahat kepada anda.

    "terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik,serta berpalinglah ( jangan dihiraukan ) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya) ( Surah Al-A'raf:199)

    kenapa sy bagi ayat2 nih? sbb mereka jahil,berkata2 tanpa bukti dan fakta yang kukuh. so,org2 yang jahil nih,kita maafkan dan jangan hiraukan.


    p/s: sy tau cito nih.sy pun hangin gak tapi sy kagum ngan semangat awk..klu saya,mau sy akan bermasam muka hari nih.tahniah,kawanku. tahniah.

    ReplyDelete
  2. terima kasih sahabat..sesungguhnya coretan ini ikhlas drpd hati keibuan saya ini..jika ingin ikutkan kemarahan sudah lama saya melakukan perkara melampaui batas tetapi sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan mendengar umatnya..Yg penting utuk saya hanya ketenangan dan keberkatan daripadaNya...Amin

    ReplyDelete

ReeNaJoe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...