Pages

Lilypie Third Birthday tickers Notes:

Tuesday, March 2, 2010

Al-fatihah....



Tatkala dunia mula menunjukkan kebenciannya pada manusia....di saat itu jugalah....kejahilan sifat manusia semakin ketara....hingga hilang sifat kemanusiaan....

maka tidak mustahil...jika alam semesta  kini mahu mengakhiri hayatnya....kerana manusia juga sudah mula hilang kewarasan dalam diri...sedangkan sesama manusia sendiri kita tidak dapat menjadi insan yang berperikemanusiaan...apatah lagi dengan alam atau binatang yang sama2 menghuni planet yang entah bila akan terkubur bersama paksiNYA....satu persatu alam di musnahkan oleh tangan2 manusia sendiri tanpa perlu campur tangan Yang Maha Illahi....

oleh itu...jangan pernah menyalahkan takdir....andai alam mula menunjukkan belang....kerana ianya sewajarnya untuk kita yang tidak pernah sedar akan erti kehidupan...dan menjadi khalifah yang terbaik di muka bumiNya....

sedih dan terkilan...akan isu yang timbul ini...yg telah menggemparkan kita semua...seorang anak kecil yang tidak berdosa...di perlaku seperti haiwan yang tidak bernyawa...apa dosa dan salah yang telah dilakukan oleh anak kecil itu? Tiada sebarang perikemanusiankah terhadap insan yang tak berdaya untuk melawan apalagi melawan kekuatan seorang insan yang bergelar LELAKI...

sanggup di perlaku sebegitu hingga nyawa tercabut daripada badan...mana pergi sifat kemanusiaan kita...memperlakukan insan tak bernyawa seperti itu....sewajarnya yang bersalah di kenakan tindakan yang sewajarnya...kerana dia tidak layak menjadi manusia....DIA seharusnya dilahirkan sebagai BINATANG..

di pijak dan di tendang....!!!

mana pergi kewarasan akal? mana pergi sifat kasih sayang? mana pergi sifat2 kemanusiaan anda? 

dan mana pergi ketakutan pada Allah...rasanya baru je beberapa hari kita sambut Maulidur Rasul...namun tidak sedikitpun kita menghayati....mahupun mendalami....erti perjuangan Rasul yang kita sayangi.....namun cerita sebegini yang kita tatapkan....

sedih...anak yang tidak berdosa menjadi mangsa.....tak tahu apa yang ingin diperkatakan lagi....biarlah Tuhan yang membalasnya....

semoga Roh adik Syafiah Humaira Sahari tenang di sana...amin


Al-fatihah~

~sy sgt emo ketika menulis nukilan ini..harap maklum

2 comments:

  1. sy juga geram bila tengok berita.menggigil badan sy.walau sy takpunya anak,tapi sy juga tetap sukakan kanak2. terasa sayunya hati,apalah nasib budak2 zaman skarang,tak dihargai oleh ibu sendiri.

    ReplyDelete
  2. itulah..dunia ini akan hancur di tangan manusia sendiri..xperlu pun tunggu kiamat

    ReplyDelete

ReeNaJoe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...