Pages

Lilypie Third Birthday tickers Notes:

Thursday, March 25, 2010

Tulis Blog Boleh Dpt pahala...betul ke???

Tulis blog ni dapat pahala tau..lagi banyak menulis lagi banyak pahala.. so kepada yang nak tambah pahala tu, buatlah blog..hehe..tapi bukan sebarang blog tau..Blog artis2 atau gosip atau blog nak mengutuk orang lain tu leh pahala jugak ke? Banyaklah korang..blog camtu tak taulah nak cakap makruh ke haram, biarlah mereka faham sendiri.. ok kenapa saya cakap dapat pahala?

Seperti kita tahu, Sesungguhnya Muhammad Rasulullah SAW telah bersabda :
“Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya.”
Ingin saya tekankan disini ialah ilmu yang dimanfaatkan tu. Jika apa jua ilmu yang kita kongsikan di blog dan orang guna pakai, ianya akan menjadi pelaburan kita di akhirat nanti. Bertuah tak kita sebagai blogger?? Kita sebenarnya sangat bertuah..Contoh yang boleh kita kongsikan ilmu untuk kegunaan dan kefahaman orang ramai yang boleh digunakan ialah Cara bayar bil online guna online banking, Aktifkan paypal guna maybankard debit kad dan berkongsi ebook percuma yang penting atau berkongsi yg memberi manfaat kpd org lain..

Jadi kepada sabahat blogger, juga nasihat kepada diri sendiri..Jom kita naikkan nama blogger sebagai pemberi ilmu yang sangat diminati.. Jangan malu nak kongsi walaupun sekerat ayat, sebab ianya lebih baik dari tak berkongsi langsung..Betul x...Renung-renungkan dan selamat beramal...



No comments:

Post a Comment

ReeNaJoe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...